Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan
ramai
golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam
bidang falsafah,
sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama,
perubatan, dan
sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan
pada para tokoh
ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai
ilmu
tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang
singkat dapat
menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak.
Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains
dan perubatan
tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam
bidang agama,
falsafah, dan se umpamanya. Salah seorang daripada tokoh
tersebut
ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu
All Muhammad al-Hassan
ibnu al-Haitham.
Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali
dengan nama
Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun
354H bersamaan
dengan 965 Masihi. Beliau memulakan pendidikan awalnya
di Basrah
sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar
kelahirannya.
Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah
di sana,
beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad.
Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan
menumpukan
perhatian pada penulisan.
Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah
ke Mesir.
Semasa di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan
beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran
Sungai Nil serta
menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak. Tujuannya
adalah
untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya
di Universiti al-Azhar.
Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang
yang amat mahir
dalam bidang sains, falak, matematik, geometri,
perubatan, dan
falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah
satu rujukan
yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat.
Malahan kajiannya
mengenai perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian
perubatan moden mengenai mata.
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan
penyelidikan.
Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham
kepada ahli
sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta
mikroskop serta
teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis
dan menemui
pelbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On
Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja
dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang
bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari
berada
di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja
pula akan
hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah
ufuk barat. Dalam
kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan
cahaya
seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap
kaca yang
dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar.
Teori itu telah
digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan
kanta pembesar
yang pertama
di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui
prinsip isi
padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella
mengetahui
perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah
menemui
kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya.
Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia
sebagai satu
rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur
telah
memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan
wayang
gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem
yang
kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para
penonton
sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini.
Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai
falsafah,
logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan.
Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya
sarjana
terdahulu.
Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran
dalam
masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian
dan
pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada
pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.
Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu.
Oleh sebab
itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai
semua
pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai
falsafah
amat menarik untuk disoroti.
Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada
matematik,
sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang
ilmu ini harus
dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu
menggunakan
waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin
meningkat,
kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.
Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau
begitu ghairah
mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya.
Sehingga
kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah.
Antara buku
karyanya termasuk:
1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori
ilmu
metametik dan metametik penganalisaannya;
2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang
arah
kiblat bagi segenap rantau;
5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam
urusan hukum syarak dan
6. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak.
Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari
segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa
pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari
ini.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri"
dan
"diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan
yang
sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima
kasih
kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa
mereka
kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan
ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah
telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu
tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.